Pegawai ALP 2023

Akmal Bin Ahmad
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Kubang Pasu
Berusia 46 tahun dan berkhidmat sebagai Penolong PPD Pendidikan Islam di PPD Kubang Pasu. Berkhidmat sebagai PK Kokurikulum sebelum dinaikkan pangkat ke PPD. Menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di UKM pada tahun 2001 dan sarjana di UUM pada tahun 2017.

Alfreoddin @ Alf Bin Mait
Penolong PPD, Sektor Perancangan,
PPD Pitas
Nama saya Alfreoddin @ Alf B. Mait, lebih senang dipanggil Alf, mudah dan ringkas, bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan di PPD Pitas, sudah 7 tahun bertugas di PPD, minat dengan muzik, bermain bola dalam team PPD FC, suka aktiviti outdoor seperti camping, hiking dan lain-lain lagi aktiviti luar. Berfikir secara positif dalam melaksanakan apa juga tugasan, tagline #moving forward. #bersyukurdalamapajugasituasi

Amiza Binti Mad Zin
Penolong PPD, Sektor Perancangan,
PPD Jasin
Berasal dari negeri Melaka, telah berkhidmat sejak 2003 di 3 sekolah berasrama penuh selama 7 tahun, di SMK selama 5 tahun dan di KV selama 6 tahun, telah menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Sains Komputer (Teknologi Rangkaian), sangat berminat dengan Teknologi Maklumat dan mempunyai kepakaran dalam Teknologi Rangkaian. Mempunyai Sijil Profesional GCE Level 1 dan 2, juga Vocational Training Officer (VTO), berpengalaman sebagai JU Kebangsaan bagi Frog VLE, juga mempunyai pengalaman melatih pasukan sekolah ke Liga Hoki SBP Peringkat Kebangsaan juga dilantik sebagai Pengurus bagi pasukan Hoki Wanita Bawah 18 Tahun MSSM Negeri Melaka dan Negeri Selangor bagi MSS Malaysia. Berpengalaman sebagai Panel Kurikulum Diploma bagi kursus Matematik Diskrit dan Panel Penggubal Soalan bagi kursus Sistem Maklumat Pengurusan bagi program Perniagaan.
Kini bertugas sebagai Penolong PPD Sektor Perancangan, mengorak langkah mempelajari kemahiran bimbingan dan pengurusan kepimpinan melalui ALP dengan harapan dapat membantu lebih banyak sekolah dalam mentransformasi pengurusan pendidikan dan kepimpinan dengan lebih fokus dan berjaya.

Asmahwati Binti Rosli
Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Kuala Kangsar
Biodata Nama : Asmahwati binti Rosli, Tempat Tinggal: Kuala Kangsar, Perak, Pendidikan: Sarjana Sains (Pengajaran Matematik) dan sedang menunggu surat senat untuk Doktor Falsafah (Pendidikan Matematik), Pengalaman bekerja: pernah mengajar di dua buah sekolah menengah, pernah memegang jawatan Penolong PPD Sains dan Matematik dan terkini memegang jawatan Penolong PPD Menengah dan Tingkatan Enam. Personaliti: suka memasak dan membaca.

Azlan Bin Budun
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Sandakan
Biodata Penolong Pegawai Pendidikan, Unit sumber dan Teknologi Pendidikan. Bertugas di PPD Sandakan, Sabah.

Azliema Abdul Rahman
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kuching
Biodata Saya telah menjadi SISC+ sejak tahun 2015 dan telah bertugas di 3 Daerah yang memberi pengalaman yang berbeza buat saya.

Chow Wui Chung
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Sandakan
Biodata

Dolphina Balang
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Lawas
Biodata

Fazilah Binti Misri
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Batu Pahat
Biodata Nama saya Fazilah Binti Misri. Bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Genevieve Wong Sui Syn
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kota Belud
Biodata Bertekad sebagai pemimpin yang tekak, komited dan sentiasa bekerjasama untuk impak tinggi.

Ghaiazra Bin Mohammad Ali
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Sibu
Biodata Saya Ghaiazra Bin Mohammad Ali berkelulusan dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab merupakan anak jati Sibu Sarawak. Motivasi saya menyertai ALP ini adalah berasaskan rasa ingin tahu. Teringat kata Sarjana Islam, Imam al-Ghazali dalam menghuraikan 4 jenis golongan manusia. Fikir-fikirkanlah dan mudahan ada solusinya.
1. Seseorang yang Tahu (berilmu), dan dia Tahu bahawa dirinya Tahu. Manusia jenis atau golongan ini merupakan golongan manusia yang paling baik.
2. Seseorang yang Tahu (berilmu), tapi dia Tidak Tahu bahawa dirinya Tahu. Manusia jenis atau golongan ini merupakan golongan manusia yang tidak mengenali potensi diri.
3.Seseorang yang tidak tahu dan tahu bahwa ia tidak tahu. Manusia jenis atau golongan ini merupakan golongan manusia yang menimba ilmu.
4. Seseorang yang tidak tahu dan tidak tahu bahwa ia tidak tahu. Manusia jenis atau golongan ini merupakan golongan manusia yang paling buruk.

Hamidah Binti Haduri
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kluang
Biodata Anak Jati Johor dan dilahirkan di Muar. Berkhidmat selama 25 tahun. 14 tahun mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Muar, Sungai Petani dan Kluang. Berkhidmat di PPD Kluang selama 13 tahun ( 2010 hingga sekarang).

Hj Mohd Asri Bin Hj Mansur
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Bangsar/Pudu
Biodata Saya berada 33 tahun dalam dunia pendidikan, 8 tahun sebagai pegawai SISC+, pembentang kertas kerja di konvensyen dan kolokium pendidikan baik di dalam dan luar negara. Saya juga merupakan bekas guru cemerlang bahasa dan kesusasteraan melayu dan memperoleh pengiktirafan certified coach daripada IAB pada tahun 2022.

Irwan Bin Madani
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Semporna
Biodata Saya Irwan bin Madani merupakan Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Pemulihan Khas, PPD Semporna bermula tahun 2021. Saya menyertai kursus ALP untuk meningkatkan kemahiran dalam bimbingan.

Jaafar Bin Jamian
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Johor Bahru
Biodata SISC+ Sains Sosial Sektor Pembelajaran PPD Johor Bahru.

Josiseliane Paulus
Penolong PPD, Sektor Pembangunan Murid,
PPD Pensiangan
Biodata Saya Josiseliane Paulus dilahirkan di Kg. Pandiwan, Nabawan, Sabah. Berbangsa Murut dan 11 orang adik beradik. Mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya pada tahun 1999. Pekerjaan sebagai seorang guru diwarisi daripada kedua-dua orang tua di mana, ayah bekas Guru Besar di SK Pekan Nabawan dan ibu pula seorang guru akademik dan perkhidmatan terakhir di SK Tampusison, Nabawan. Saya memulakan karier sebagai pendidik di SK. Logongan, Nabawan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah pada tahun 2003. Ketika itu saya sedang dalam latihan perguruan mod KPLI/LPBS dan seterusnya berkhidmat di sekolah berkenaan sehingga tahun 2010. 2011, saya berpindah ke SK Pandiwan sehingga tahun 2020. Selama mendidik saya sangat gembira dan bertuah kerana dapat membimbing, memberi tunjuk ajar kepada anak-anak murid di mana saya berkesempatan berkongsi kejayaan mereka dalam pelbagai bidang. Syukur kerana saya boleh menurunkan dan berkongsi ilmu dengan anak-anak murid. Kejayaan dan kemenjadian mereka menjadi inspirasi dan pendorong saya dalam bidang pendidikan. Semoga dengan tanggungjawab dan peranan yang disandang kali ini dapat membantu rakan-rakan guru dalam melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan utama selaku pihak pentadbir di sekolah.

Kasdi Bin Zakhilan
Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Kota Belud
Biodata Bertugas di Sektor Pengurusan Sekolah, unit menengah dan tingkatan 6, PPD Kota Belud.

Khairulamri Bin Sulaiman
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kuala Kangsar
Biodata Saya Khairulamri bin Sulaiman, bertugas sebagai Pegawai SISC+ Sains Sosial di PPD Kuala Kangsar, Perak. Saya mula bertugas di PPD Kuala Kangsar pada 2 Mei 2014. Sebelum berkhidmat di PPD Kuala Kangsar saya pernah bertugas sebagai seorang guru di SMK RLKT Lasah. Saya pernah memegang jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran VOTEK dan Penolong Kanan Kokurikukum. Adalah menjadi harapan saya dengan penyertaan dalam ALP ini akan meningkatkan lagi kompetensi saya dalam aspek bimbingan kepada sekolah terutamanya dalam bidang pengurusan kurikulum dan sumber manusia.

Laimah Binti Sungap
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Keningau
Biodata

Lee Bee Bee
Ketua Unit, Sektor Pembelajaran,
PPD Batu Pahat
Biodata
Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan (Matematik), 2000.

Liza Maten
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Kota Kinabalu
Biodata Penolong Pegawai, Sektor Pembelajaran, Unit Pemulihan Khas.

Ma Noralasikin Binti Abdul Manaf
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kuala Kangsar
Biodata Saya Cikgu Ma Noralasikin binti Abdul Manaf. Bertugas di PPD Kuala Kangsar, Perak sebagai SISC+ Sains & Matematik. Saya memulakan tugas di PPD Kuala Kangsar sebagai FasiLINUS pada tahun 2011 dan bertukar ke jawatan SISC+ pada tahun 2015. Sebelum berkhidmat di PPD Kuala Kangsar saya pernah mengajar di 2 buah sekolah mulai tahun 1998 hingga 2011. Adalah menjadi harapan saya dengan penyertaan dalam ALP ini akan meningkatkan lagi kompetensi saya dalam aspek bimbingan ke sekolah.

Mazirah Binti Abul Malik
Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Pendang
Biodata Saya merupakan guru opsyen Pemulihan Khas yang telah berpengalaman mengajar selama 8 tahun di sekolah dan 6 tahun dalam bidang pengurusan di PPD Pendang. Seorang yang sukakan cabaran, kreatif dan semangat ingin mencuba sesuatu yang baru.

Mazlinah Binti Mohd Yasin
Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Semporna
Biodata Guru adalah kerjaya, pendidik adalah jiwa.

Muhammad Akhyar Bin Arzmi
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Perak Tengah
Biodata Tempoh Perkhidmatan: 13 Tahun
Akademik : Sarjana Pengurusan Pendidikan.

Muhammad Suhairi Bin Muhammad Room
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pasir Gudang
Biodata Berkhidmat selama 8 tahun sebagai SISC+ Sains Matematik di PPD Pasir Gudang di Gred semasa DG52.

Ng Peck Chin
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kluang
Biodata Saya Ng Peck Chin. Saya pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun di SMK Kahang, Kluang, Johor. Subjek major saya ialah Perakaunan. Sebelum bertugas sebagai SISC+ TVET di PPD Kluang, jawatan yang pernah disandang ialah GKMP TVET dan GPK Kokurikulum.

Noor Liza Binti Lamit
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Tampin
Biodata Nama saya Noor Liza binti Lamit, merupakan Penolong PPD Unit Pemulihan Khas Sektor Pembelajaran di PPD Tampin,Negeri Sembilan. Saya memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1989 dan telah berkhidmat di 4 buah sekolah. Saya memulakan kerjaya di PPD ini sejak tahun 2014 sebagai FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris dan apabila pengstrukturan semula dibuat maka saya diberikan tanggungjawab sebagai Penolong PPD Unit Pemulihan Khas.Berbaki 5 tahun lagi sisa perkhidmatan sebelum bersara wajib saya berhasrat untuk berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada kepada guru guru juga sekolah untuk dimanfaatkan kepada anak anak didik .

Nor Aida Binti Ruslan
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Batu Pahat
Biodata 18 tahun berpengalaman sebagai guru Cemerlang Matematik dan
2 tahun sebagai SISC+ Sains dan Matematik.

Norasliza Binti Mohd Mim
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pasir Gudang
Biodata Nama diberi Norasliza binti Mohd Mim. Nama panggilan rakan-rakan sekerja adalah Lili. Saya telah berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun dan kini menyandang jawatan sebagai SISC+ Sains Matematik di PPD Pasir Gudang hampir 3 tahun. Saya merupakan anak kedua dalam keluarga. Oleh kerana itu sejak dahulu lagi saya merupakan anak yang sentiasa suka kepada cabaran dan mempunyai keazaman yang tinggi bagi meningkatkan pencapaian diri. Saya mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap tindakan. Setiap apa yang saya usahakan saya akan buat sehingga berjaya.
Saya suka kepada kejayaan. Suka melihat orang berjaya serta cemerlang. Mereka menjadi contoh dan inspirasi yang terbaik untuk saya. Saya sering berkata terhadap diri " Jika mereka boleh kenapa saya tidak boleh berjaya"
Saya juga suka melihat orang yang tersayang bahagia. Mereka merupakan tunjang utama dalam setiap proses kejayaan saya. Jika dulu saya sering lihat abah membanting keringat untuk menyara keluarga. Kini saya tak nak lihat lagi abah bekerja keras. Apa sahaja impian abah saya cuba tunaikan. Keluarga juga ada semangat untuk saya. Doa mereka sentiasa saya sangat perlukan dalam setiap detik kehidupan. Tiada yang lebih berharga kasih sayang keluarga. Oleh itu, saya sangat suka menjadi model terbaik untuk keluarga. Saya perlu tingkatkan pencapaian diri agar sentiasa da perubahan dalam diri dan tidak hanya berpuas hati dengan apa yang ada. Prinsip hidup saya "Ilmu tidak akan datang bergolek, ilmu perlu disantuni. Tak pernah rugi menuntut ilmu kerana setiap saat yang digunakan untuk ilmu sentiasa mendapat pahala daripadaNya."
Moga saya sentiasa bersemangat & sentiasa memberikan komitmen dalam kursus ALP yang berlangsung selama 8 bulan ini dan berjaya menghabiskan kursus dengan cemerlang bersama2 rakan-rakan Kohort 2 tahun 2023. Aamin. Sekian terima kasih.

Norhidayah Foong Binti Abdullah
Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Tawau
Biodata Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 28 tahun. Saya mula bertugas di PPD Tawau pada tahun 2020 semasa wabak covid-19 melanda di seluruh dunia.
Pengalaman sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Kokurikulum & Nazir Sekolah membantu meningkatkan pengetahuan & kemahiran dalam tugasan harian.

Noridawati Binti Jasmi
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pasir Gudang
Biodata Guru icon TVET 2019.

Norimah Binti Edeh
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Beaufort
Biodata Saya seorang yang suka mencabar diri, sentiasa cuba melakukan sesuatu dengan terbaik dan ada kalanya terbuka untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Norsiah Binti Abdullah
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kunak
Biodata Pegawai SISC+ (UniT Bahasa), Sektor Pembelajaran, PPD Kunak.

Noziha Binti Ahmad
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pontian
Biodata Saya Noziha binti Ahmad merupakan SISC+ Bahasa Kohort 1 yang mula bertugas di PPD Pontian, Johor pada Januari 2014. Pengkhususan Ijazah Pertama saya ialah Bahasa Inggeris & Kesusasteraan Inggeris. Kemudian saya menyambung pengajian dan berjaya memperoleh Sarjana Pendidikan.
Saya menyertai ALP ini untuk memantapkan pengetahuan saya terutamanya dalam skop bimbingan kepada guru-guru dan seterusnya dapat membantu pihak sekolah dalam merealisasikan hala tuju mereka.

Nurlila Binti Abdul Wahab
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Sandakan
Biodata Dilahirkan di Sandakan Sabah. Memang dari kecil lagi bercita-cita menjadi seorang guru dan berjaya ke Maktab Perguruan Kent Tuaran Sabah. Berminat belajar hingga sambung ke peringkat PhD dlm bidang Pengurusan Pendidikan untuk mendalami bidang kepimpinan pendidikan dan mendorong utk terus mengikuti Program ALP.

Nurul 'Amilin Binti Abdullah
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Temerloh
Biodata Merupakan seorang bekas pensyarah di IPG sebelum memegang jawatan sebagai SISC+ sejak tahun 2014 dan mempunyai lebih dari 32 tahun pengalaman dalam dunia pendidikan.

Nurul Huda Binti Abdul Wahab
Penolong PPD, Sektor Perancangan,
PPD Kluang
Biodata Anak jati negeri Johor yang dilahirkan pada tanggal 16 September 1985, merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Seorang yang ceria dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi cabaran. Telah berkhidmat sebagai guru di tiga buah sekolah sejak 2008 dan menjadi Penolong PPD perancangan di PPD Kluang bermula tahun 2022. Bergiat aktif dalam bidang kajian tindakan pelbagai peringkat dan merupakan sekretariat Malaysian Action Research Network (MARNet). Mempunyai minat dalam inovasi dan pernah memenangi beberapa anugerah emas dan perak serta berpengalaman menjadi juri. Merupakan pembentang kertas penyelidikan melalui kolokium dalam persidangan di dalam dan luar negara.

Nurul Shima Binti Qutubuddin
Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Bangsar/Pudu
Biodata Hampir 25 tahun dalam bidang pendidikan.

Nurulha Binti Abdul Rahman
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pasir Gudang
Biodata I’m an active woman who puts my best in everything i do. I am willing to learn and improve based on feedback. I am also growl-oriented and strove to achieve my goals.

Puteri Hanizah Bt Megat Amaddin
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Alor Gajah
Biodata Seorang yang bersifat periang dan suka senyum dan ketawa. Telah bergelar guru semenjak 23 tahun yang lalu dengan melalui pengalaman dari seorang guru biasa ke Pentadbir dan akhir ya di PPD sebagai Pegawai SISC+.

Rahmah Binti Talib
Penolong PPD, Sektor Perancangan,
PPD Jasin
Biodata Saya menetap di Jasin, Melaka. Anak sulong dari 8 adik beradik. Hobi suka dengan tumbuhan hijau. Suka menimba ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama. Sentiasa berfikiran positif. Harapan hidup ingin cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

Rusziah Binti Yahaya
Penolong PPD, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Melaka Tengah
Biodata Berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah mulai tahun 2013 sehingga kini. Sebelum penstrukturan, menjalankan tugas dan amanah di Sektor Pengurusan Akademik. Selepas penstrukturan PPD, ditempatkan di Sektor Perancangan sebagai Penolong PPD. Pada tahun 2022, berkhidmat di Sektor Pengurusan Sekolah (Penolong PPD Unit Pendidikan Swasta) sehingga kini.

Sapura Bt Dalmi
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kuala Kangsar
Biodata Saya Pn. Sapura bt Dalmi, bertugas di PPD Kuala Kangsar sebagai SISC+. Saya telah bertugas sebagai SISC+ selama 9 tahun dan terlibat dalam dunia pendidikan selama 33 tahun. Saya telah mengajar di 4 buah sekolah menengah sebelum bertugas di PPD. Dunia pendidikan telah mendewasakan saya. "Yang berani mengajar, Jangan pernah berhenti untuk belajar".

Shamshah Baharani Binti Hussein
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kota Tinggi
Biodata Smile, be simple and don’t trouble other people. Allah is by my side.

Sharifah Binti Shafie
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pendang
Biodata Dr. Sharifah binti Shafie, berpengalaman sebagai guru di sekolah menengah selama 18 tahun dan telah berkhidmat sebagai pegawai SISC+ TVET di Pejabat Pendidikan Daerah selama 5 tahun. Berkelulusan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ijazah doktor falsafah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kesemuanya adalah dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Saya telah 2 kali menerima tajaan (HLP) dan (HLPS) daripada bahagian tajaan KPM untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Saay telah menerima Anugerah Graduate On Time (GOT) semasa majlis konvokesyen peringkat ijazah doktor falsafah. Dr. Sharifah binti Shafie merupakan seorang pegawai yang periang, rajin, komited dan sentiasa menunjukkan prestasi kerja yg cemerlang. Tidak lokek dengan senyuman dan mudah mesra dengan semua orang.

Siti Erma Binti Abu Bakar
Penolong PPD, Sektor Perancangan,
PPD Muar
Biodata Memulakan kerjaya sebagai Guru Sains di SK St. Andrew, Muar pada tahun 2006. Terlibat secara langsung dalam bidang pengurusan pendidikan pada tahun 2017 apabila mula bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Muar dan kini menjawat jawatan Penolong PPD (Perancangan).

Siti Fadzilah Binti Osman
Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid,
PPD Seberang Prai Selatan
Biodata Saya memulakan perkhidmatan pada 11 Disember 1995. Kemudian saya menyambung pengajian dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dari UPSI pada tahun 2004. Saya kembali mendidik hingga tahun 2013 sebelum ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan untuk Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan di USM. Saya amat berminat dengan aktiviti sukan dan kokurikulum. Dalam bidang sukan, saya terlibat aktif dalam sukan bola tampar. Sehingga kini, saya merupakan pegawai teknikal dan pengurus pasukan bola tampar Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Pulau Pinang. Dalam bidang kokurikulum pula, saya merupakan jurulatih utama PPIM PP yang aktif membantu pengurusan PPIM Daerah Seberang Perai Selatan. Pengalaman pengurusan sukan dan kokurikulm di sekolah memudahkan saya menghadapi said semua guru dan staf.

Siti Nur Atikah Binti Nazari
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pontian
Biodata Berlatar belakangkan bidang pengajian yang berbeza iaitu Pentadbiran Awam dan Pengajian Undang-undang sebelum menceburi dunia Pendidikan tidak pernah menjadi penghalang dalam usaha membangunkan anak bangsa.
Sering kali diuji dengan perubahan tugas kerja yang drastik seperti bertukar pengkhususan bidang dari Bahasa ke Sains Sosial dalam tempoh yang terlalu singkat namun kebolehan mengadaptasi dengan perubahan dijadikan asas untuk kekal relevan dan dinamik. Ketekalan dan minat mendalam dalam dunia pendidikan menjadikan saya seorang yang terbuka dengan cabaran dan sentiasa dahagakan ilmu baharu untuk kemajuan diri dan kerjaya.

Suhailah Binti Mohd Yatim
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Batu Pahat
Biodata Keep learning.

Syamsul Bahri Bin Andi Mapiare
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Sandakan
Biodata "Coaching and mentoring" pemangkin kelangsungan pendidikan.

Sylvia Miting Pakoi
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kudat
Biodata Seorang pejuang pendidikan yang sentiasa berusaha meningkatkan sokongan dan sumbangan kepada nusa dan bangsa. Tidak pernah jemu untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman melalui pelantar sosmed seperti Youtube dan Blogger.

Wong Woei Ling
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kuching
Biodata Faith Wong Woei Ling is an experienced school improvement coach with over 20 years of field experience. She has taught at both primary and secondary levels, and has worked in various districts and the state education department. Her research focuses on discourse analysis, human communication disorders, and innovative teaching methods. She frequently presents on international platforms on topics related to innovative pedagogy and educational technology for in-service teachers. Additionally, she is actively involved with international NGOs such as Scouts and Toastmasters International. She is also one of the DELIMa Influencer (Microsoft) elected by the Resource and Educational Technology Division (Ministry of Education).

Yusnita Bt Muniar
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kuala Kangsar
Biodata Saya Cikgu Yusnita binti Muniar. Bertugas sebagai SISC+ Sains & Matematik di PPD Kuala Kangsar, Perak. Saya mula berkhidmat dalam bidang pendidikan pada tahun 1998. Sekolah pertama saya di tempatkan adalah di SK Kampung Kenang, Sg Siput(U). Saya memulakan tugas di PPD Kuala Kangsar sebagai FasiLINUS pada tahun 2010 dan bertukar ke jawatan SISC+ pada tahun 2015. Sebelum berkhidmat di PPD Kuala Kangsar saya pernah mengajar di 5 buah sekolah sepanjang tahun 1998 hingga 2010. Adalah menjadi harapan saya penyertaan saya dalam Program ALP ini akan dapat membantu saya melaksanakan bimbingan yang berimpak tinggi ke sekolah.

Zaiton Binti Ngah
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Pasir Gudang
Biodata Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk Sijil Perguruan Asas (TESL), mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan telah menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Seni Visual) dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Telah berkhidmat sebagai seorang guru di SK Permas Jaya 2 bermula Disember 1994, dan seterusnya ditempatkankan ke SMK Taman Johor Jaya 1 pada 2003 setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda. Pada Ogos 2015, telah ditempatkan di PPD Pasir Gudang sebagai SISC+ sehingga sekarang.

Zamzida Binti M Jamhari
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Port Dickson
Biodata Berasal dari Batu Pahat, Johor. Mengikuti kursus Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang pada tahun 1995-1997. Penempatan pertama di Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang pada 18 Februari 1998 - 31 Disember 1999. Berpindah ke Port Dickson mengikut suami, ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam pada Januari 2000. Menyambung pengajian dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik pada tahun 2008.
Pada 2 Ogos 2010, ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson sebagai Pegawai FasiLINUS secara hakiki. Bermula 1 Jun 2019, ditempatkan pula sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran hingga sekarang.

Zamzurida Binti Abd Rahman
Penolong PPD, Sektor Pembelajaran,
PPD Pendang
Biodata Sentiasa positif dan bersangka baik kepada semua perkara. Bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Cari ruang dan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan. Serta nikmatilah segala kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita. Senyum dan gembira selalu.

Zanariah Binti Buang
SISC+, Sektor Pembelajaran,
PPD Kluang
Biodata SISC+ Sains Sosial. Mula berkhidmat pada 1996. Sekolah Tinggi Kluang. (2007-2008) SMK Bandar T6. (2008-2019) SSNJ Tun Hussein Onn, (2019-2020) GKMP Sains Sosial SMK Seri Lalang. Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Mula dilantik selaku SISC+ Sains Sosial PPD Kluang mulai 17.08.2020.